Kelas Ms Word (Membuat Karangan Menggunakan Gambar)

7 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 6 Julai 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word iaitu aktiviti belajar membuat karangan menggunakan gambar bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word iaitu cara membuat karangan dengan menggunakan gambar yang disediakan petugas.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat tentang cara penggunaan Ms Word. Kelas dimulai dengan memberikan gambar kepada setiap peserta. Petugas menerangkan cara memilih font serta saiz yang sesuai dan penggunakan butang tab untuk membuat permulaan perenggan. Karangan yang siap dikemaskan lagi dengan mengedit menggunakan button justify. Petugas juga membantu peserta membuat ayat dengan betul berdasarkan gambar yang diberikan. Peserta dikendaki menyiapkan 5 ayat dan membentuk 1 karangan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali